Tuesday, December 20, 2011

Parti Facebook Dan Parti Myspace Bergaduh!

Assalamua'laikum dan Hye guys.

Seriously, saya tengah mengantuk ni sebenarnya sampai sempat lah lakar peta dunia dekat lecture hall tadi.  Loklaq kan? Hehehe. Ni dah balik bilik memang standard saya akan spent time la sekejap untuk online. And saya rasa semua orang buat macam tu jugak kan?? Errrr... ke aku je ni??

Facebook-ing, Twitter-ing and browsing some 'stuffs' and hey, I've found this awesome video.

Click it and watch it tau guys!



Made by:  Kyopropaganda 


"AKU LAPAAARRRRR!!" :)


 Disclaimer : Owner account YouTube yang upload ini dah cakap siap-siap bahawasanya video ini hanya melawak ja, dia tak mau ludah-ludah ni. So no unsur-unsur politik ok. :)

Sunday, December 18, 2011

Mahasiswa dilanda banjir ludah

Assalamua'laikum dan Hye manusia di Bumi.

Saya baru jumpa video ni dekat Facebook dan saya rasa video ini unik perhaps?

Saya sendiri kurang pasti apa isu berbangkit but it has something to do with our Perdana Menteri di Putra World Trade Centre.

Apa kata kalian usha dulu apa yang abang-abang dan pak cik-pak cik ni mengomel?




ludah meludahi


Macam mana? 

Ini apa yang saya dapat konklusikan daripada video ini.

Pertama, nak ludah mahasiswa? Korang berapa orang je walaupun semua dah tua bangka yang mungkin air liur dorang ni pekat dan banyak. Errr?? EEEYUUUUUUU! Korang tak nak kira berapa mahasiswa dan mahasiswi yang ada untuk ludah korang balik? Silap-silap cukup untuk korang mengambil hadas besar :)

Kedua, otak letak dekat kepala lutut? Otak letak dekat kepala lutut ni pun sekurang-kurangnya kami mahasiswa dan mahasiswi. Engkau?

Ketiga, bertakbir "Allahuakbar" yang bermaksud Allah Maha Besar or Allah The All Mighty tapi dekat leher kau tu apa ek? 

Saya percaya kawan-kawan ada your own judgement dan itu saya pasti akan hormati. Umur saya masih belum cukup untuk berpolitik secara agresif dan omelan ini hanya berkisarkan status saya sebagai mahasiswa, bukan penyokong kerajaan mahupun pembangkang.











The End

Assalamua'laikum dan hye manusia seantero(betulkan penggunaan perkataan tu??)!!

Hari ini adalah hari yang sangat teramat terlalu hebat penatnya sebab schedule I full gila! OK dah bajet artis k-pop dah aku ni! Hehehe. No la. Hari ini adalah hari yang sangat teramat terlalu hebat penatnya sebab hari ini since tengah hari tadi ada shooting video bahasa ketiga aku which is Mandarin.

Ni hao ma?? Wo hen hao! Ni ne??

Hebat tak aku cakap Mandarin? Heeee. Ok, sebenarnya penambah perasa penat tu pula ialah habis saja shooting like few minutes after azan Maghrib berkumandang, balik bilik gomel-gomel sebentar terus pergi ke Stadium UiTM Shah Alam untuk Majlis Penutup SAF(Sukan Antara Fakulti) UiTM 2011! Aku terlibat as a committee untuk fakulti aku iaitu;


Fakulti Undang-Undang(FUU)

Majlis Penutup yang dihadiri oleh our very own TNC HEPA, Prof Dato' Dr. Abdullah (Dato' Dollah) dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat dan perbarisan lintas hormat. Standard penutup mana-mana temasya sukan la kan? SUKMA ke, Asean Games ke, itulah juga yang jadi kewajibannya. Habis je semua tu disambungkan lagi dengan pemberian hadiah kepada para pemenang, siapa pemenang sabaq sat nah, sat lagi cek habaq, majlis disambung dengan pertunjukan bunga api and finally persembahan menari oleh wakil pelajar! Yang main tali skipping nya, yang menarinya baik lelaki mahupun akak-akak comel, sumpah menarik! Yang paling penting, ada seorang akak yang agak chubby, betul-betul buat aku kagum dengan dia! She is big but hey, she dance and skipping like Beyonce!! Awwwwwwww *kagum gila*! Then setelah habis sahaja persembahan tersebut, seorang penyanyi UiTM menyanyikan lagu 'Standing In The Eyes Of The World' yang difofularkan oleh Ella seketika dulu. Maka berakhirlah sudah hikayat SAF 2011 di bumi Shah Alam!

OK for the winners! Jeng3! Pemenang keseluruhan SAF 2011 jatuh kepada *bunyi drum* FAKULTI SUKAN DAN REKREASI (FSR). Yang kedua ialah FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR. Manakala yang ketiga out of 21 fakulti, FAKULTI UNDANG-UNDANG! Wooooooooo!! Syukur alhamdulillah! Congratulations too all the winners and athletes which includes me too :) Indeed law is about reading and memorizing till gila but hey, we showed that we can sport-rec-ting too!!

GO FUU!!!


By the way, sorry tak ada gambar sebab poket bocor, duit berciciran, jadi tak ada duit nak beli kamera. Doakan aku murah rezeki duit banyak untuk beli kamera Olympus E-PM1, amin :)


Olympus E-PM1 aku, one day insyaAllah :)



Wednesday, November 30, 2011

Old Mansion

Sebab yang sama kenapa aku menulis blog first time dulu adalah sama juga untuk kenapa aku menulis balik sekarang blog yang dah berhabuk macam mansion yang bertahun dah tak duduk ni!




Love, friendship and family. Bikin emosi semua benda tu! Lecturers tak la kot sebab itu macam emosi yang tak affect jantung dalam2 punya ;)

Tapi aku tak nak bercerita pasal benda tu sebab aku percaya "What happens in Vegas, stays in Vegas". Tak perlu mencanang dekat Kak Jah dan Kak Nab cerita yang tak perlu dicanang sebab nanti end up orang akan mengata kita balik atas kebodohan diri sendiri, isn't it??

Sekarang ni aku cuma nak notify yang aku teringin nak menulis balik and please, give me some times to get back on the track with blogging sebab sekarang ni aku rasa macam atuk tua yang tengah belajar nak main Angry Bird pakai Ipad =P


Wednesday, March 30, 2011

You are turning 19, in less than one hour from now. How I wish I could be there celebrating your 19th birthday. Wish. A wish that won't come true.

To you, happy 19th birthday. May Allah SWT always bless you. May you get an excellent result in your studies. May the happiness always stick with you, no matter in what circumstances. And lastly, live the best life you could live with the one you love the most.



P/s: It hurts at first place to see you with other man, but the wound recovered much well when I saw the smile you gave him,I know you are happy :)

Thursday, January 13, 2011

melintasi sempadan

Salam and hye peeps.

Dah sangat- SANGAT lama aku tak update blog ni. Bukan sebab busy, bukan sebab tak ada benda yang aku nak coretkan dekat blog ni(kalau ikutkan hati, infinity punya cerita aku bagi dekat korang) tapi... entahlah. Mungkin sesetengah cerita itu harus kita pendamkan dalam diri dan hati masing- masing.

Hurm...

Aku ada benda yang aku nak kongsi dengan korang. Aku malas nak bercerita mulut ke mulut dengan member-member aku. So, biarlah aku berbicara dengan lappy ni yang mana nanti korang pun tahukan?

Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan aku sekarang. Kadang-kadang rasa macam hantu gendut majalah ASUH tu hasut aku ke apa. Aku rasa macam aku ni makin jahat, makin nakal and aku lupa kewajipan aku kepada Allah SWT. Aku bukan nak buka pekung di dada tapi inilah yang aku risaukan.

Aku akur. Aku sedar. Sebagai seorang muslim, sebagai seorang hamba Allah SWT, kita kena mengikut perintah-Nya dan menunaikan segala kewajipan kita berlandaskan rukun Islam dan rukun iman. Tapi aku sentiasa ada alasan untuk mengingkari segala kewajipan tu.

Aku rasa sangat bersalah dan sangat malu. Aku ingin berubah. Aku ingin berubah dan aku ingin berubah! Mungkin susah untuk aku menjadi seorang ustaz tapi biarlah sekurang-kurangnya aku menjadi seorang hamba Allah SWT yang mampu menjalankan kewajipan seorang muslim di muka bumi ini.

Sementara aku masih sihat. Sementara jantung di dalam badan ini masih berdenyut. Sementara Allah masih mengizinkan aku untuk menikmati udara di muka bumi ini dan sementara aku masih diberi peluang untuk mengasihi dan dikasihi sesama manusia, aku ingin berubah ya Allah...