Thursday, January 13, 2011

melintasi sempadan

Salam and hye peeps.

Dah sangat- SANGAT lama aku tak update blog ni. Bukan sebab busy, bukan sebab tak ada benda yang aku nak coretkan dekat blog ni(kalau ikutkan hati, infinity punya cerita aku bagi dekat korang) tapi... entahlah. Mungkin sesetengah cerita itu harus kita pendamkan dalam diri dan hati masing- masing.

Hurm...

Aku ada benda yang aku nak kongsi dengan korang. Aku malas nak bercerita mulut ke mulut dengan member-member aku. So, biarlah aku berbicara dengan lappy ni yang mana nanti korang pun tahukan?

Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan aku sekarang. Kadang-kadang rasa macam hantu gendut majalah ASUH tu hasut aku ke apa. Aku rasa macam aku ni makin jahat, makin nakal and aku lupa kewajipan aku kepada Allah SWT. Aku bukan nak buka pekung di dada tapi inilah yang aku risaukan.

Aku akur. Aku sedar. Sebagai seorang muslim, sebagai seorang hamba Allah SWT, kita kena mengikut perintah-Nya dan menunaikan segala kewajipan kita berlandaskan rukun Islam dan rukun iman. Tapi aku sentiasa ada alasan untuk mengingkari segala kewajipan tu.

Aku rasa sangat bersalah dan sangat malu. Aku ingin berubah. Aku ingin berubah dan aku ingin berubah! Mungkin susah untuk aku menjadi seorang ustaz tapi biarlah sekurang-kurangnya aku menjadi seorang hamba Allah SWT yang mampu menjalankan kewajipan seorang muslim di muka bumi ini.

Sementara aku masih sihat. Sementara jantung di dalam badan ini masih berdenyut. Sementara Allah masih mengizinkan aku untuk menikmati udara di muka bumi ini dan sementara aku masih diberi peluang untuk mengasihi dan dikasihi sesama manusia, aku ingin berubah ya Allah...


7 comments:

hakimfaridzul said...

amin~

PinkiRocker said...

ye , teruskan usaha .
kite semua tak perfect kan.

beruang said...

masih ada ruang dan peluang

liana'azmi said...

gituuu ayie
Amin ;')

MUHAMMAD AZRI said...

thankz u so much guys..
aminn ya rabbala'lamin..

DOLCEshasha said...

amin jugak :)

ainina rasidan said...

amin.. :)..berubah kepada yang baik.. alhamdullilah.. bangga i ada abg mcm u haha