Sunday, December 18, 2011

The End

Assalamua'laikum dan hye manusia seantero(betulkan penggunaan perkataan tu??)!!

Hari ini adalah hari yang sangat teramat terlalu hebat penatnya sebab schedule I full gila! OK dah bajet artis k-pop dah aku ni! Hehehe. No la. Hari ini adalah hari yang sangat teramat terlalu hebat penatnya sebab hari ini since tengah hari tadi ada shooting video bahasa ketiga aku which is Mandarin.

Ni hao ma?? Wo hen hao! Ni ne??

Hebat tak aku cakap Mandarin? Heeee. Ok, sebenarnya penambah perasa penat tu pula ialah habis saja shooting like few minutes after azan Maghrib berkumandang, balik bilik gomel-gomel sebentar terus pergi ke Stadium UiTM Shah Alam untuk Majlis Penutup SAF(Sukan Antara Fakulti) UiTM 2011! Aku terlibat as a committee untuk fakulti aku iaitu;


Fakulti Undang-Undang(FUU)

Majlis Penutup yang dihadiri oleh our very own TNC HEPA, Prof Dato' Dr. Abdullah (Dato' Dollah) dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat dan perbarisan lintas hormat. Standard penutup mana-mana temasya sukan la kan? SUKMA ke, Asean Games ke, itulah juga yang jadi kewajibannya. Habis je semua tu disambungkan lagi dengan pemberian hadiah kepada para pemenang, siapa pemenang sabaq sat nah, sat lagi cek habaq, majlis disambung dengan pertunjukan bunga api and finally persembahan menari oleh wakil pelajar! Yang main tali skipping nya, yang menarinya baik lelaki mahupun akak-akak comel, sumpah menarik! Yang paling penting, ada seorang akak yang agak chubby, betul-betul buat aku kagum dengan dia! She is big but hey, she dance and skipping like Beyonce!! Awwwwwwww *kagum gila*! Then setelah habis sahaja persembahan tersebut, seorang penyanyi UiTM menyanyikan lagu 'Standing In The Eyes Of The World' yang difofularkan oleh Ella seketika dulu. Maka berakhirlah sudah hikayat SAF 2011 di bumi Shah Alam!

OK for the winners! Jeng3! Pemenang keseluruhan SAF 2011 jatuh kepada *bunyi drum* FAKULTI SUKAN DAN REKREASI (FSR). Yang kedua ialah FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR. Manakala yang ketiga out of 21 fakulti, FAKULTI UNDANG-UNDANG! Wooooooooo!! Syukur alhamdulillah! Congratulations too all the winners and athletes which includes me too :) Indeed law is about reading and memorizing till gila but hey, we showed that we can sport-rec-ting too!!

GO FUU!!!


By the way, sorry tak ada gambar sebab poket bocor, duit berciciran, jadi tak ada duit nak beli kamera. Doakan aku murah rezeki duit banyak untuk beli kamera Olympus E-PM1, amin :)


Olympus E-PM1 aku, one day insyaAllah :)